360 DOA RINGKAS UNTUK TETAMU ALLAH menghimpunkan doa-doa pendek yang mudah dibaca dalam Bahasa Melayu, mudah dihayati dan diamalkan sepanjang perjalanan menuju Tanah Suci sebagai ikhtiar untuk menenangkan hati dan menguatkan langkah dengan izin Allah. Doa-doa ini disusun mengikut fasa perjalanan seorang Tetamu Allah bermula dari sebelum mendaftar haji/umrah, dalam fasa persiapan sebelum berangkat ke Tanah Suci, ketika berada di Tanah Suci, saat diuji, selepas pulang ke tanah air dan apabila rasa rindu datang kembali. Buku ini sesuai untuk bakal jemaah yang pertama kali ingin menunaikan haji atau umrah, yang sedang membuat persiapan, yang menyimpan hasrat untuk menjadi Tetamu Allah dan mereka yang ingin terus menghidupkan doa dalam perjalanan menuju redha Allah.